
Kubawa hatimu bersama diriku
aku bawa hatimu bersamaku
(kubawa ia di dalam hatiku)
tidak pernah daku tanpanya
(ke mana jua ku pergi kau jua pergi,
sayangku; apa jua yang kulakukan
adalah apa jua yang kau lakukan, )
aku takut tiada takdir (kerana kau adalah takdirku)
permataku;aku tidak mahu dunia (kerana kau adalah duniaku)
dan kau adalah umpama bulan dan kau adalah bagai
matahari yang bernyanyi
ini adalah suatu rahsia yang tiada seorang pun tahu
(ini adalah paksi segala paksi dan dan langit segala
langit sebatang pokok yang bernama kehidupan; yang tumbuh lebih tinggi dari jiwa yang bisa mengharap atau
fikiran yang bisa sembunyi) dan ini adalah keajaiban yang membuatkan bintang-bintang berjauhan
Aku bawa hatimu (Kubawa ia di dalam hatiku)